Rabu, 19 Oktober 2011

TETIBE SY JADI BALACI PULAK..

Dicatat oleh wuzz_in di 6:09 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,
Oho,tajuk agak 2 panas... alkisah nya begini.. sekolah sy ada sebuah dewan yg baru buat. So,mmg cun lah lagi sebb mende baru kan.. makanya, selagi ada program kat batang padang ni, semua nk terjah dewan kami lah kan.. menda baru la katakan..

Makanya, sabtu ini, adalah T***** ***I nk tumpang buat program.. ok lagilah.. sy redha jelah kena dtg sekolah sabtu ni.. sy kena bahagian jamuan VIP.(pelik jugak, program dorang pehal aku lak kena buat keje, kan?). Td sy tanya lah pk hem sebab dia yg uruskan. Apa keje sy sebenarnya? tau apa jwpn nya? "Korang kena serve pengarah T***** ***I.Dia tu protokol sket. Org T***** ***I dah pesan suh pilih cikgu yg tau protocol yg terlibat.. hamboi2... laki aku pon kadang makan kena cedok sendiri. Ni aku pulak nak cedok utk org lain?sentap lah makcik tau! tetiba nak cedok 2 mkn org lain,tuang air lah bagai. Yg best nya, dia siapa? Bukan bos saya! Laki sy pon bukan!kalau sultan ke okeh jugak. Kot boleh posing tgkp gambar ke kan .Boleh tunjuk kt org..ini kalau tgkp gmbr pon, sapa nk heran.. nnti org ingat bapak sy pulak. . \(*-*)/

Saya nak mengelat tak boleh, sebb ketua saya tu lagilah kuat ngelat. Aktiviti kt sekolah asik missing-in-action je.. lagi2 sekarang tengah merandung, laaagilah byk alasan.. susahla kalau semua org gini..

Nanti sy kobar kan, mcm mana perasaan menjadi kuli -balaci -servant org ye..yg best nya, cer korang pikir, nape ek,kitorang kena buat? dia bukan dlm bidang pendidikan pon!dan hello,ini majlis kami ke pon?

-servant-to-be-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ahad, 16 Oktober 2011

Sudah Tiga Tahun!

Dicatat oleh wuzz_in di 6:03 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,
Diam x diam, semalam dah cukup umur Afiq 3tahun.tp saya x sedia apa pon, dan x de pon peluk 2 Afiq mcm tahun lepas. Puncanya? Afiq dr celik mata asik mengamuk. Tantrum sepanjang hari. Bosan dibuatnya dgn perangai gitu. Tapi kena sabaarrr banyak2..saya mmg kena didik la sifat sabar dlm diri. Serius. Saya mmg bukan org yg penyabar. Saya perasan sejak sy mnjadi ibu ni, makin kurang kesabaran sy. Patotnya bertambah lah.. huwaaa..

Kalau ank sy baik, menurut kata, mgkin sy x jadi mcm ni tau.. I'm a monster.seriously. huwaaa lagi.

Anak anda ada x yg melawan bila ditegur. Eg: ee, lempang kang! baling kang( with the act of throwing). semua cakap saya dia x peduli..haish...Mmg bukan salah ank saya pd asalnya. Dia sgt terpengaruh dgn sekitaran. Well,lets just say he got such a bad influence from somebody close.*sigh*
tu belum kes suka cakap 'bodoh ' lg.. saya dh cabai 2-3kali.. ("-")

I know, i should have been more patience. More than anybody else.because my son is not the same as others.other people didn't have any bad influence. Org lain jaarangg dpt bad influence since they didn't mingle with people that much..

Afiq, hari2 mak doa, jadikanlah anak2 ku insan yg soleh dan solehah.. yg beriman, yg beramal soleh... semoga terkabul la doa mak, nak..

Selamat hari jadi sayang...

Hope next year you'll behave,so that I won't be sad like now...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 11 Oktober 2011

REVIEW ON PREMIUM BEAUTIFUL

Dicatat oleh wuzz_in di 12:00 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,
Saya kan sudah memakai pb ni hampir 3bln..ni la yg boley sy kongsi..
Pro:
1.sgt selesa dipakai. X panas lgsung
2.stretch mark sy adalah semakin hilang. Yeay!
3.sakit pinggang sudah hmpir tiada
4.kulit muka mcm lg ok -x taula ada kaitan ke idak, sbb sy x de pon pkai pencuci yg baru..

Contra:
1.kalau bgn lewat tu kelams kabuts nak pakai.. leceh!
2. Asik kena basuh la plak.. sila beli. 2pasang yer.. hihi
3.lmbt jer pon turun berat, in fact as for me,lying x turun. Turun sbb poser jer.. huhu
3.mahal...

Tp bg sy, sy rasa ok lah..

Sekian..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 20 September 2011

Semoga Allah Membalas Segala Perbuatan Awak.AMINNNNNN

Dicatat oleh wuzz_in di 5:23 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,
Kejam kan title the.Tapi sy mmg amat lah geram. Kes nya begini, smlm time meeting kurikulum ada sorang cikgu tua, komen kata cikgu yg baru posting x berkualiti. X masuk kelas lah,ngajar content x kena lah...kami nak tergelak pon ada sebb cikgu tua ni terkenal sebb x masuk kelas, sampaikan budak yg dia ajar mengadu time trial spm baru ni,diorang x penah belajar sejarah sepanjang tahun masa tingkatan 4 dulu.Cuba teka sapa cikgu dia?Ha....cikgu tua tu lah.B.o.n.g.o.k punya org..dah tu, dlm bilik guru kerja tido terbaring tu. Depan bebudak pulak tu.. kadang dlm kelas pon tido. hampeh x hampeh..

Dan petang ni saya yg dah berkhidmat dari 2007 ni masih di considered baru. Dan akan menghadapi pentadbir petang ni.sengal! Kalau sy masih di considered baru, ngape bg saya kelas periksa tiap2 tahun!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Khamis, 15 September 2011

Cubaan!

Dicatat oleh wuzz_in di 12:55 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

LADAP on BLOGGING.Seriously?

Dicatat oleh wuzz_in di 12:09 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,

Hari ni saya sedang menghadiri LADAP (Latihan dalam Perkhidmatan)kat makmal komputer sekolah.AND...as u can guess, topik nya adalah...BLOGGING!

Seriously?

Adoiyaii...macam banyak je masa saya nak berblog..huhu..guna blogger droid pong saya malas.hihi..

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Dicatat oleh wuzz_in di 2:40 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam ramadhan,

Seronok kan berada di bulan puasa.Saya rasa tiap hari adalah extra tenang Dan saya terasa xtra sabar..Takde rasa nak mengamuk bagai dlm kelas.hihi..
Tapi yg x best nya,anak2 pulak pakat demam n batuk2.Afiq dah masuk 5"hari demam.Risau sangat.Hari ni nak pi klinik kot..
Selamat berpuasa sahabat sekalian!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 27 Julai 2011

Tto,Tto,Tto!

Dicatat oleh wuzz_in di 7:16 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam, Tajuk tu ditulis berdasarkan bahasa korea saya yg ala2 tak pass ni kan.It means :Lagi,lagi dan lagi! Saya ni geram dengan anak murid yg buat perangai sama tiap2 tahun. Saya ni tiaop2 tahun akan ajar Form 5& 3.Kira ala2 cemerlang gemilang terbilang lah patotnya. Tapi dlm kes sy ni, bukan sebab sy cemerlang ,gemilang, terbilang. Tapi sebab semua org yg lain akan mengelak dan kata : TAKDE PENGALAMAN!.Hello2! Dahtu, saya yg baru posting ni dulu kire berpengalaman sgtlah yer?huwaa... Berbalik kepada tajuk diatas yer, (oh, saya suka putar alam nampaknya...) saya geram dgn budak Form 3 yg sy ajar.Tiap2 tahun mesti buat perangai sama.Pedulikan je cikgu kat depan ni.Tido dari awal sy masuk.Bayangkan, salam pon tak bagi sebab sibuk tido.Tensen weh, dari awal tahun saya tegur.Tak lalu nak tegur dah..Sampai hati sungguh.. Agak2 nya, tahun depan sy nak cakap apa ek untuk elak ajar kelas periksa.Tensen tau. Dahla asik meeting tak abes pasal budak nak exam.Padahal bebudak tu haraaaammmm tak kesah pon!

LIPAN, KEDAH DAN NAFASTARI

Dicatat oleh wuzz_in di 7:32 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam, Saya kena gigit lipan malam tadi.Asalnya ingatkan semut yg besar tu.Almaklumlah gelap gulita kan.Kalau tak fgelap nak dara saya itu jgn haraplah nak tido..dahlah kena gigit 2 kali engkau..sekali kat tulang belakang, sekali kat peha.Bila dah kena gigit kat peha tu barulah saya bangun dan siap bukak kain batik agai.Nasiblah dah pukul 2, kalau idak, mau Kak Ipar ingat saya ni dirasuk hantu ke apa kan, tanggal kain sgala.hihi..semua gara2 tido kat ruang tamu lah ni.Kalau dalam bilik insyaallah susah lipan tu nak masuk.Sebab mustahil kami tak nampak kalu lipan tu berjalan ke bilik tu. :) Alhamdulillah saya sakit sikit jer.Letak kapur then dah ok..Gigit manja je kot..tapi saya berjaya mencari lipan tu sehingga ke lubang cacing(ke lubang lipaN?)hihi..dan selamat saya kerat jadik 3 engkau..tapi yg paling utama, anak2 dapat tido, safe and sound.. Saya baca blog Nafastari tadi.Syahdu nya bila kehilangan suami seperti itu dah la hensem! Oleh itu saya tak sabar tunggu en suami balik dari Kedah..hargailah dia yang masih bersama kita.I love u much hubby!

Khamis, 21 Julai 2011

APC

Dicatat oleh wuzz_in di 6:57 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,

Taju diatas bukanlah tentang adik beradik KFC, RFC dan sebagainya.Kalau berkhidmat dgn kerajaan tau kot.APC =Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Terus terang saya kata, saya memang tak mengharap akan dapat APC.Sampai bila2 pon. Sebab saya rasa saya malas, kerja pon aci dan jer.Tak de lah saya buat kerja diluar konteks yg disuruh buat kan.Pendek kata, saya mempunyai M yg BESAAARRR sekali. :) Sy rasa pelik org sedih2 bila tak dapat.Diorang yakin kerja diorang cemerlang ke, ek?

Tapi, tiba2 seorang sahabat saya yg baru berkhidmat di sekolah saya tu dapat APC tahun ni. Saya TIBA2 terasa sedey la pulak..baru sy faham perasaan diorng yg sedih2 tu.Sebenarnya saya (dan diorang2 yg lain jugaklah kot), sedih bukan sebab kami tak dapat, tapi terasa mcm kitorang ni hampeh gilalah bila tak dpt APC walaupun dah lama tertongok mengajar kt skola tu..sedih, ok.

p/s :Kawan2 yg dapat APC tahun ni, tahniah!

Ahad, 17 Julai 2011

Cubaan 1,2,3

Dicatat oleh wuzz_in di 7:14 PTG 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam, Cubaan berblogging dari apad yg baru dpt minggu lepas.Org lain beli ipad,mokcik mampu beli apad jer.hihi..tapi pepaham jelah,menda murah..mestilah x sebest mende mahal kan..tp alhamdulillah,dpt la guna jugak. :)

Rabu, 13 Julai 2011

Random

Dicatat oleh wuzz_in di 8:22 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,

Semalam saya pergi ke klinik untuk check up Auni n Afiq.Sudah terlajak 2 bulan okeh.Memang mak yg hampeh. :)

Sebelum nak pergi tu, anak jiran sebelah namanya Najmi tengah main dgn Afiq. Najmi ni beza 3 bulan tua dari Afiq.Terpaksa angkut lah sekali sebab dia taknak balik.Baik pulak Afiq siap suruh Najmi duduk depan, dia duduk belakang. (hamboi2, bila mak nak duduk depan sampai nanges2 yer..)

So berat Afiq adalah 14 kg.Auni 7.5 kg. Dan berat maknya adalah....Huwaaaa...tak moh bg tau.Masih dalam proses menerima kenyataan..

Alkisahnya, saya sedang memakai Premium Beautiful Aritu berjaya turun sampai 3 kg tau.Last weekend saya tak pakai, makanya saya telah mencekik macam2 yg tidak bermoralzat dan menggemukkan.Huwaa...makanya naik lah balik ke asal.Gila kan?Mana taknya, hari2 saya makan ABC okeh.Kalau makan ABC Afiq tu mau ler jugak kurus kot. Ini makan ABC air-batu-campur akibat berniaga ABC kt sekolah aritu.So bahan berlambak2 lagi.Hari2 mencekik itu aje.Ahad lepas mencekik steak yg sebesar2 alam.SORANG2.selamat datang 3 kilo...

Camno mau kurus ni...

Selasa, 5 Julai 2011

Sudah pandai apa?

Dicatat oleh wuzz_in di 2:42 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Salam,
Tajuk tu sy tulis berdasarkan soalan yg biasa org tanya bila jumpa sy.Anak dah pandai apa?Oho..macam2 sudah pandai si tecik saya nih..Kalau nak banding dgn abgnya, Auni ni memang lebih cepat segala2 nya. Cepat pandai meniarap, cepat menyusur, cepat merangkak.Anak saya ni 6 bln setengah dah pandai meniarap.7 bln lebih dah pandai meniti2 dah.Kira advance sket la dari abg nya yg setahun lebih pon tak pandai jalan lagi tu.Hihi..

Ni semua gambar latest Auni.Sekarang udah botak sebab kepala kena kudis sket.Huduh la anak dara sy ni.Udahla perempuan, kepala pakat berkudis bagai.hehe..

Sekarang Auni dah pandai meniti n memanjat n menyepah2 rumah.malam2 sebelum tidor dia akan meround satu rumah dulu.Pi serata ceruk, barulah dia pi ke katil, nenen, golek2 tido..hihi..

Bila time macam ni (tgh comel2) tetiba rasa macam nak jer lagi sorang.Tapi bila dah besar, banyak perangai, mulalah pikir sejuta kali nak beranak lagik. :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Isnin, 4 Julai 2011

Mengah!

Dicatat oleh wuzz_in di 6:52 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam..

Saya terpaksa menggunakan kembali pam ventolin sy semalam.Sedey lah..Lama dah tak semput, tetiba kena balik.Ingatkan symptom mengandung jer.Huhu..

Alkisahnya, semalam sy puasa.Bukak puasa tu saya minum ais.SIKIT je!Dan2 lepas berbuka terus terbatuk2, dan membawa ke semput.Pedih hati pulak tu tiba2.Rasa last pedih perut ni adalah time nak kawin aritu.Sampai makan beradat tu langsung tak jamah pape sebab sakit sangat.Tapi dengan magik nya sakit tu hilang 2 hari lepas kawin.Apakah?

Memangkan,kita ni selalu lupa pada nikmat yg tuhan bagi.Berbulan2 saya sihat walafiat, ada saya buat sujud syukur?berapa kali?huwaaaa.....

semalam udahlah 2 kali budak2 menyebabkan darah naik ke muka.Geram!:

Kes 1: budak tu nama Alif Firdaus.Memang x penah buat kerja time saya.Saya diamkan ajer, asalkan dia tak berbunuhan time kelas saya.Abang dia ni dulu memang hardcore sampai kat sijil berhenti pengetua suruh tulis kelakuan dia :sederhana. Hambik ko!Sampai sekarang langsung tak leh pi mana.Padanssss...Berbalik pada cerita asal, :P budak ni mintak izin nak pi toilet.Saya benarkan lah.Sekali bukan pi toilet, tapi siap duduk makan2 depan koperasi.Assobru minal iman jer lah..

Kes 2: Budak ni nama sama macam laki ku. Adzly.Dia pi tumbuk kawan dia sebab dia ingatkan (ada batu2 api neraka yg provoke dia) kawan dia ni mencuri barang.Padahal takde. Depan2 saya jer ditumbuknya budak tu.Bengap tak bengap?Gerammmm...

Apalah nak jadik budak2 zaman sekarang.Macam manalah zaman afiq nanti? :(

Rabu, 11 Mei 2011

Sila Jenguk Tau! :p

Dicatat oleh wuzz_in di 5:11 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam...

Saya ada menjual baju secara kecil-kecilan..untung pon tak sampai 1% kot.hihi..saja suker2..jenguk lah kedai saya yg ciput tapi kiut tu yer.. :D

ni kedai saya.

Rabu, 4 Mei 2011

my long awaited holiday

Dicatat oleh wuzz_in di 5:53 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Salam,
Saya baru balik dari ber'cuti2' malaysia.Bukanlah pi jauh2 pon. Kalau org lain mestI pi overseas ke kan. Hihi. .saya n family belah suami bercuti ke Port Dickson je. Tapi saya rasa saaaangaaaat hepi sebab dapat jugak saya bercuti memandangkan suami saya ni jenis sangat x suka berjalan. .

Family kecil saya(afiq+auni+en suami) menginap di kondominium peranginan TNB. Ada 2 bilik n sangat cantik view balkoni dia. Ank sedara en suami yg sudah bujang pon tido di kondo kami. Memang syok lah sebab dekat gile dgn laut.Pastu pantai tu private beach. So mmg org dok kondo tu jer yg mandi kt situation. BEST! Pastu Ada tmpt mandi seronok (afiq kata gitu)~swimming pool. ;D

Yg lain tido di banglo tnb kat pantai sri cahaya. Pantai mmg cun tapi dekat dgn jln besar, so agak bizi. .kami melepak kat laut sampai dah naik hangit kulit dibuatnya.hihi

Balik dari PD menyinggah pulak ke Nilai. Lakiku bershopping tikar n kerusi malas idaman nye. .saya x beli apa pon..beli tudung 5 helai jer (jer? ?) ;D .. Shopping kan ank2 sikit2..x meround abes pon. Udah penat amat sebab sebelum check out kitorang mandi laut sepuas2 nya. Hihi

Yg paling seronok mestilah afiq dgn auni.semua dok layan diorang je. Pepahamlah yg plg kecik dlm family.hihi. .afiq x puas2 mandi. Asale nmpk laut je nak mandi. Berani sungguh bujangku itu. Yang ank daraku itu pon sama. Tersengih2 bila bawak ke laut. .

Harap2 boleh la berjalan lagi yer bang. .hihi

Abg ipar saya dah merancang nk ke Langkawi pulak lepas ni. Tapi mcm akn gagal je sbb jauh bebenor. .best kan jadi pekerja TNB ni. Dahla best, murah gile plak tu ..(tp jadi bini pekerja TNB lagilah best. Free kau. Hihi)

Published with Blogger-droid v1.6.7

Rabu, 6 April 2011

^^ 6 KILO! ^^

Dicatat oleh wuzz_in di 5:43 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Saya sudah beli timbang semalam..

Adalah tidak boley menerima kenyataan yang saya sudah berjaya melekatkan lemak disekeliling pinggang, perut dan pinggul sebanyak 6 kilo...

Tidak!
Tidak!
Tidak!

Sekian, terima kasih.

Mana Sign In saya!!??

Dicatat oleh wuzz_in di 5:41 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam..

Saya adalah pelik bin ajaib sebab tak de button untuk sign in pon kat blog..kenapa kah?

Isnin, 21 Mac 2011

AUNI

Dicatat oleh wuzz_in di 7:31 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Salam,

Saya belum lg bercerita pasal kenangan melahirkan Auni kan? (eceh,mcm la ada org baca. Hehe)

Auni nak msk 5 bulan dah. Rasa mcm baru je abes pantang.hihi. .lelemak yg hebat masih lg berada sekitar tubuh ni. Haish..

21 oktober 2010 sy patot kena jumpa doktor sebab overdue sudah.EDD sy patotnya 18 oktober..kwn2 sume suh bersalin 10.10.10, lepas jgk tarikh tu. .macam lah boleh main beranak2 je kan? Hihi. .pastu dah sampai tarikh 18.10.10 still x da pape..kakak sy kata 20.10.2010 pon cun jgk. ..tp still x jgk nak beranak2..saya amik cuti awal yg 2 mggu sblm edd tu. Tp sy amik 3 hr sblm edd. Sebab sy demam teruk, afiq pon dmam jgk. Nama jer cuti. Bknlah dpt bersukaria pon. Terlepek je kt umah. Adalah x best!

Tanggal 21 oktober(bahasa x leh blah hihi) tepat jam 5.30 pg sy terbangun sebab sakit yg amat(kalau x sakit sgt x kan la terjaga kan. .)saya konpius jgk sebenarnya, betol ke sakit ni. Sebab dah 2-3 mggu sebelum ni asik sakit kuat tp last2 berenti Braxton Hick's contraction je. .tapi sampai pukul 6 lebih sakit still tak hilang2.Timing pon 5 minit sekali without fail. Saya terus yakin mesti nak terberanak ni. .sy pi solat dulu. Amat2 lah mencabar korang..bayangkanlah, sakit 5 minit sekali.saya mandi 5 minit. Kuar bilik air contraction dtg. Berenti dulu wat pape. Ilang sakit, solat pulak. .time baca doa contraction dtg lagi. .2,3 kali jgk contraction time solat tu. Saya still x mau gi hospital lg.Takut weh nak buat VE..en. suami tido dgn penuh x sdar dirinya. Sy kejutkn solat subuh, pastu bg tau 'it's time already'.dia dah ajak pi, sy tak mau. Pas solat je en suami Bump! Tido balik. Bagus kan suami sy. Hiihi. .

Sy menahanlah kesakitan yg teramat sgt nya. Duduk sopan2 atas sofa. Bila contraction dtg, tarik napas, bacalah segala yg teringat. Pastu x thn duduk,sy pon berdiri pi peluk2 dinding. Tuhan je tau. .sakit! !

Pukul 7 mcm tu sy calling2 mak. Bg tau nk kuar dah ni mak! !hihi. ..x delah, bg tau rasa nk time dah ni. Mak suh gi sepital. Takut jd mcm Afiq dulu. Sampai2 terus beranak. Okeyla tu sy kata. Hihi. .(mak sy adalh sgttt percaya pd doktor. .kire pd dia kt sepital tu pasti Ada ubat utk semua)..

Pas call mak, sy tgk keadaan afiq.still tido. Ok lah. Sy pi basuh bj dulu(alah, msk mesin je pon. Tp try buat sambil contraction 5 minutes apart. Ianya adalah suatu yg mencabar okeh! :D

Tepat 7.30,sy gila2 punya sakit dah. .tp still leh thn. Tp takut Afiq terjaga, sy gerakkn en. Suami ajak pi sepital..

Sampai lbh kurang 7.40 kot. Dekat je pon. .misi tanya mcm2 pulak tu. Sy nak jwb pon susah. Tau jelah sakitnya dh rapat sgt. Sampai sy terpaksa buat isyarat tunggguuu jap, okey. Dah stop contraction br jwb. Time tu nak jer sy jerit kuat2 "sy nak terberanak dah ni oiii! !". ;D

Misi suh tukar baju n bg urine. Tang nak kencing tu, jenuh. Pepaham la, tgh sakit gile. .sy terteran jd nya. Masa contraction,sy x penah teran. Takut koyak rabak pulak! Urine kua sket je. Darah je byk. .

Misi suh msk bilik nak buat VE pulak. Nak naik katil tu pon sy ambik ms lama sebab menahan sakit.tensen kot misi tu menunggu sy. Masa misi nk buat VE ,sy terasa darah keluar byk. Misi tgk n terus tanya,"napa berdarah ni? Awak teran ye? "Sy mestilah nafikan. Sy kan x teran taw! Terteran time nak paksa kencing je. Dia jgk nak sgt urine tu! (Aci tak salahkan org laIn? Hihi).misi tanya Uri ok ke? Ok je sy kata. Jd ms ditunggu pon tibe. Misi pon menselukkan tangannya. Eeh, tak rasa apa pon korang.saya kan seriau. .dia seluk 2-3 kali. Saya tgk Sarung tgn dia berdarah smpai dkt pergelangan tgn dah. Bygkanlah berapa jari yg masuk okey. .satu tgn okey. .

Patutlah sy x rasa pape. .dah fully dilate!tinggal nak teran je lg..misi pon suh turun n dok kt wheelchair.dia tolak laju2 masuk labour room. Sy ternampak reramai training nurses. Aiyoo. .ini yg haru reramai nak nengok sy menerankan anak ni. Lemah!

Seperti yg dijangka, nurse yg tgh praktikal tu mintak izin nk tgk. Mau ckp pe lg kan. X kan nak halau pulak. .walaupon ku x rela. .huhu. .naik atas bed ,misi suh teran kalu rasa nk teran. Tp sy adlh x rasa nk teran! Saya rasa sakit yg amat sgt!time Afiq dulu sy mmg dah terteran tanpa sengaja. X la susah nk push..

Yg best nya, masa sumer ini berlaku, suami sy tengah bizi melabur. Kita yg nak beranak,dia Sibuk3 ,sakit perut. Hihi. .nurse asik tanya mana suami. Diorang nk siapkan baju. Saya dah x kesah apa dah. Dtg contraction je ku terankan dgn sepenuh jiwa.rasanya dah naik biru muke ku meng'push'.tapi x kuar jugak. .dah tu rasa susah sket sebab tak de rs nk push naturally..3 kali push kot barulah berjaya. .alhamdulillah. ..tepat 8.05 lahir lah Nur Arifah Auni. .berat 2.87kg. .

Yg lawaknya, Auni keluar je, sy terus duduk nk tgk, lelaki ke perempuan..nurse membebel la. .nanti kami bg tgk nanti. .u baring dulu. .hihi. .sebenarnya scan mmg gegirl..tp saya ternampak mcm boboi punya tuuuuttt masa Auni keluar tu. .hihi

Tp jahit sy tetap byk. .walaupon dgn sopan sy tidak menteran sebelum waktunya. .pastu jahit pulak tanpa bius. .walaweh. ..mau menjerit rasanya taw. .

Itulah serba sedikit(sedikit??!) Kisah kelahiran Auni. .saya bersyukur sgt2 sy dpt melahirkan dgn cepat. .5.30 pg sakit, 8 dah bersalin. .alhamdulillah...semoga kelahiran anak2 yg akn dtg semudah ini juga. .aminnnnn. ..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Jumaat, 4 Mac 2011

SAYA NAK RAMAI,tapi. .

Dicatat oleh wuzz_in di 7:55 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,

Saya baca baca blog kak Su lunatots tadi. Rupanya dia sedang mengandungi semula. Best sgt bila tgk org mengandung ni. Jeles pon ada..

Saya mmg nak ank ramai2,plg kurang pon, 6 org. .Tinggi cita2 sy kan? Sy suka ank byk2 barulah Meriah. .

Tapi kan. ..

Saya baru ber anak 2,sy sudah fenin. .bila ank2 buat perangai,dgn tantrum nya yg x dpt dipujuk2 tu btol2 menguji kesabaran saya. .hidup pon mcm x terurus jer tau. .

Buat ibu2 yg sedang merandung, dan ibu2 yg Ada ramai anak, andalah inspirasi saya!

Saya yg Kureng kesabaran,
Wazah wahid.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Rabu, 2 Mac 2011

Marah?

Dicatat oleh wuzz_in di 12:45 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,

2,3 ari ni sy asik solat isyak lewat je. Patotnya org bangun tahajud time mcm ni. Hihi. .

Sebelum tido semalam, Afiq tetibe gigit tangan Auni. Saya marahla. Asalnya sayang, cium2 adiknya. Last2 geram kot, digigitnya. Pelagi, menjerit la anak dara saya tu. Hihi

Saya cakap kat Afiq,tak mau kawan, tangan Auni dah berdarah kena gigit. Dengan serius nya Afiq tanya," tangan Auni berdawah ke? ".saya kata "a'ah lah"..Afiq dgn seriusnya tengok tgn Auni tu. Cumilnya time tu. .

Anak2 ni, nakal cemana pon, susah nak terus marah, kan? Afiq kalau saya marah, mesti cakap "maaappp".geram tau. Saya nak marah pon tak boley. Rasa nak ketawa jer.. Hihi

Nak sambung titon lagi. Kang nak bgn sahur plak. .have a sweet dream frens!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Isnin, 28 Februari 2011

NAZAR

Dicatat oleh wuzz_in di 6:41 PG 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam,
Arini sy pose membayar nazar. .mmg byk sungguh nazar sy yg x berbayar lagi. Fengsanlah sy nak ganti, tp wajib lah kan. .

Masuk pukul 6 je, otomatik bateri body ku abes. Dahla time tu lah nk msk, mandikan Auni, Afiq. .time tulah nak jerit2,kejar2 afiq suh masuk dlm, mandi.Humang hair. .lotih acik ..

Tapikan, saya tgk spare tyre kt perut ni x susut barang seinci pon tau. Acik benciiiiiii !!!

Akhir kata, "wazah, teruskan usaha! "..

Mcm org gile je ckp sorang2.hihi

Adios!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Khamis, 24 Februari 2011

Bila sudah 2..

Dicatat oleh wuzz_in di 4:17 PTG 0 ulasan Pautan pada catatan ini

Salam,
Saya sejak menjadi ibu beranak 2 ni, terasa amatla mencabar.Mesti ibu2 yg beranak dah masuk 3,4,5,6 ....dan seterusnya nyampah baca ayat sy kan? Hihi. .tp sy ckp ni dr sudut pandgn sy la kan. Sungguh la, sy terpaksa jd xtra sbr, xtra tenang.

Sejak Auni lahir, perangai Afiq menjadi ngengada sungguh.Kdg tu rasa menyampah sy dibuatnya.Yg bestnya, Auni pulak sedari lahir mmg dh tunjuk perangai.Bygkn, betul2 ari pertama kt umh, Auni bantai menangis dr kol 6ptg smpai 11 mlm. Menyusu x nak, tido x nak. Suami sy dah marah2 kt sy ni susu sket sgt. Pastu paksa2 sy pam. Manala Ada kua susu, br ari ke 2!!Sy dh nanges dah, tension. .

Afiq jgk jd punca sy bergaduh dgn En Suami. Cabaran buat ibuk2 bapak2 mcm kami. Manager tak nya,kalau time Afiq wat perangai tu time lakiku kerja, penat,siaplah Afiq..sy jd penyelamat supaya x la budak byk ragam tu kena bantai dgn abahnya. .ala2 mcm drama melayu lah pulak kan. Hihi

Tp bila sudah berdua, bahagia pon bertambah juga. Yg besar buat perangai,Ada sir tomel2 melegakan perasaan. Afiq pon dah besar, bila nampak maknya serabut, tetiba dia dtg peluk2 n cium maknya.It' s priceless!mengadap si tecik yg akan senyum bila nampak sy juga adalah priceless..

Jadi kesimpulannya, walau byk cabarannya, bahagia tetap terasa. Jadik ugly tgh pikir2 nak T-bh lagik ,bolehlah mulakan Usaha dr skrg. :D
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sabtu, 19 Februari 2011

Gadget baru saya!

Dicatat oleh wuzz_in di 6:33 PG 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Saya asik x da kesempatan nak ber blogging. Kat skolah manyak keje. .pepaham jelah awl tahun ni kan.pastu masa digunakan untuk mengepam lagi kan. Baru2 ni saya menghadiahkan diri sendiri hp baru. Penatlah survey merata. Last2 tersangkut dgn xperia x8.makanya ari ni saya ber blog guna hp la plak. ;) ala, sy taula sy je ketinggalan tau. Org lain dah lama guna hp canggih manggih ni taw ;) sy beli sempena besday sy yg ke 28..nak harap En Suami, erm besday sy pun haram x ingat. Huwaa. . X pelah, sy kan x kesah kan. ..(siaplah awak, x ingat besday sy ye. .u wait n see who's gonna forget yours!! Muahaha) kalau boring2,time tunggu beratur lama2,bolehla sy berblog bagai no. . Sy tgk ketam yg softshell kat majalah 3 td. Mesti sedap kan? Tetibe Teringin pulak. Korang penah rasa x?
Published with Blogger-droid v1.6.7

Isnin, 24 Januari 2011

Memperkenalkan...

Dicatat oleh wuzz_in di 10:16 PTG 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Salam...

Fuh..Fuh...uhukss..uhukss...

Banyak sawang weh.. :D

Saya baru bley online ni..nak kenalkan si kecik saya yg baru...

Nama: Nur Arifah Auni

D.O.B : 21 Oktober 2010

T.O.B : 8.05 pg kotss..

Weight : 2.87kg

Lahir secara normal kay Sepital Tapah jer.. :D

Gambar tu sungguh fresh taw..lahir2 je, masuk wad terus snap.hihi...

Nanti saya hapdate lagi keyy..

kisahku Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Birthday Gift Idea